Sebaik sahaja aku mematikan komputer, telefonku berbunyi. "Hello? Azra, kau balik jalan mana nanti? Aku ingat macam nak jumpa kau after work. Boleh tak?" tanya Yasmin, teman yang paling rapat sekali denganku sejak dari bangku sekolah lagi.
"Aku balik macam biasa lah, naik MRT towards East. Kalau nak jumpa boleh aje, macam tak pernah jumpa lepas kerja pulak kau ni." selorohku. Kami berdua hanya bergelak sahaja dan berjanji untuk menunggu di stesen MRT Tiong Bahru.
Setibanya aku di stesen MRT, Yasmin masih belum kelihatan. Hmm biasalah dia tu, aku saja yang kena tunggu dia, rajuk hatiku. Kadang-kala rasa geram jugak, macam nak balik pun ada tapi tak sampai hati, kenangkan dia tu teman setiaku. Stesen mula dipenuhi dengan pekerja-pekerja dan aku mengambil kesempatan untuk menjenguk ke arah mereka. Manalah tau kalau-kalau Yasmin ada diantara mereka dan mataku terus terpandang seorang gadis yang memakai segalanya hitam. Dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya. Rambutnya hitam, berkaca mata hitam, kot hitam, seluar panjang hitam, beg tangan hitam dan kasutnya yang macam muncung buaya juga hitam.
Yasmin.
Wajahnya agak pilu, tidak seceria mana yang aku kenalinya. Dia hanya menundukkan wajahnya, tidak sekali pun aku melihat Yasmin memandang hadapan. Lain macam aje si Yasmin ni...kata hatiku, fikiranku jadi tak tentu memikirkan apa yang mungkin telah terjadi padanya. Aku menunggu sahaja.
Akhirnya, tiba juga Yasmin di depanku. Tangannya dengan perlahan menanggalkan kaca mata yang entah berapa lama telah menyembunyikan sepasang mata yang sangat ayu dan menawan. Dahiku berkerut melihat keadaan temanku.
"Yas, kau tak apa-apa?" tanyaku, lalu aku sedari kedua-dua matanya merah dan bengkak, seakan-akan telah dibanjiri tangisan yang tidak berhenti. Yasmin hanya memberi senyuman yang lemah dan kaku, lalu memelukku dengan erat dan tersedu-sedan. "Ok ok, apa kata kalau kita solat dulu? Lepas tu ke Changi Beach, kita duduk di sana dan kau ceritakan apa yang dah terjadi." Aku bercadang, tidak mahu Yasmin menangis di khalayak ramai.
Perjalanan memakan masa agak satu jam setengah dan kami tiba di pantai, mencari tempat untuk kami duduk dan bersembang. Yasmin, yang dari tadi hanya mendiamkan diri, mula bersuara. "Kau tak keluar dengan Mateen?"
Mateen.
Seorang lelaki yang amat aku sayangi. Kami baru saja bertunang dan bercadang untuk menamatkan zaman bujang akhir tahun depan. "Dia sibuklah sekarang. Ada meetinglah, jumpa clientlah...aku dah biasa dengan tu semua." senyumku.
Yasmin membalas senyuman. "Ya lah, orang dah nak berumahtangga. Mestilah sibuk." katanya, terus menundukkan kepala. Satu demi satu air matanya menitis, bagaikan manik terputus tali. Aku tak sampai hati melihatnya dalam keadaan begitu sekali. Hendak aku bertanya, tapi tidak mahu memaksa. Kalau aku tidak bersuara, tak dapat pula nak menolong. Hendak atau tidak, aku terpaksa juga bertanya.
"Yas, is there something that you want to tell me?"
Diam sahaja, hanya tangisan yang kedengaran. Kemudian, "Azra, aku mengandung 2 bulan."
Hatiku remuk, retak, berkecai bagai kaca yang terlepas. Aku tak sangka ini semua terjadi pada temanku, yang tidak mempunyai sebarang teman lelaki. Yasmin telah bertekad untuk bekerja sepenuh masa, tidak mahu terikat pada sesiapa. "Yasmin, semua ni tak masuk akal betul!" Aku diam lalu bersambung, "Siapa punya angkara ni? Anak siapa? You are a single, career-minded lady. Macam mana boleh terjadi Yas?"
Rambutnya yang panjang melepasi bahu, tidak diikat malam itu. Jarinya bergerak, menyelitkan rambutnya di belakang telinga yang kecil. "Dia cuma seorang kawan saja dan aku dah kenal dia for quite some time."
"Ya lah, tapi takkan kau sanggup nak buat macam tu? Dia bukan suami kau, Yas. Don't easily trust men just like that." Aku menyatakan kekecewaanku. "Tak boleh kasi orang lelaki ni sentuh kita, binasa kita nanti."
"What about Mateen? Dia pernah sentuh engkau?" Yasmin memberi pertanyaan yang benar-benar membuat aku terbakar. Tidakkah dia percayakan aku dan Mateen?
"Sudah tentu jawapannya tidak!" jawabku tegas. Mateen bukanlah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Lagipun, setelah berapa bulan mengenali Mateen, aku telah memberitahunya bahawa aku mahukan a clean relationship dan tunangku memahaminya.
Kami berdua berdiam buat seketika. Melihat Yasmin yang masih menangis terisak-isak, membuatku rasa bersalah kerana terlalu tegas. Sudahlah dia bermasalah, aku menjadi nasi tambah pula, menambahkan lagi kesedihannya. "Aku minta maaf, Yas. Tak bermaksud nak marah kau, tapi aku kesal dengan apa yang terjadi. Aku tak sangka ni semua berlaku."
"Bukan salah kau Azra, memang patut kau marah aku."
Aku sempat memberikan Yasmin senyum seperti kerang busuk. "Sorry ok?" Kemaafanku diterimanya dengan hanya satu anggukkan. "Apa kata mak dan abah kau? Mereka tahu tak?"
Tangisannya mula reda dan senyuman mula terukir di bibirnya yang manis, walaupun hanya senyuman kecil. Keayuan kembali pada raut wajahya. "Dah, mereka dah tahu semuanya. Jangan tanya kalau mereka marah ke tidak because they ARE angry."
Diam. Aku tidak mahu memaksa Yasmin untuk bercerita. Lebih baik aku diam saja dan nantikan penjelasan darinya. "Mak dan abah aku suruh aku bernikah dengan lelaki tu bulan Jun ni."
Hmm...aku berdiam sahaja lalu memberikan buah fikiran. "Lagi seminggu dah bulan Jun, Yas. Bila tu? Awal ker akhir? Anyway, mengikut undang-undang Islam, kau tak boleh nikah sehingga kau dah selamat bersalin. Tapi kalau mak dan abah kau dah kata macam tu, aku dah tak boleh nak kata apa."
Yasmin menundukkan kepalanya. "Aku nikah nanti kau datanglah ya? Aku nikah di rumah saja dan Azra, kau seorang saja antara kawan-kawan kita semua yang tahu pasal ni. I trust you." Aku ikutkan saja lalu tanganku memegang tangannya yang sejuk.
"Sudahlah, hari pun dah lewat. Kita balik dulu lah, boleh bersambung lagi lain hari. Itu pun kalau kau mahu lah, aku tak nak paksa." kataku.
Malam itu, aku berbaring di atas katil,memikirkan nasib Yasmin. Sedih juga aku melihat keadaannya tadi, bagai nak meleleh juga air mata. Jam menunjukkan pukul 11:30 malam dan satu panggilan dari Mateen pun takku terima. Aku menjadi resah dan risau. Takkan lama sangat meeting dengan client? tanya hatiku. Melihat telefon bimbitku yang seakan terbaring di atas meja solek, penat menanti panggilan. Aku memaksakan diriku menelefon Mateen tetapi panggilanku tidak dijawab.
Aku mencuba sekali lagi dan dengan panggilan yang kelima, barulah Mateen menjawab. "Hello..."
Hatiku rasa senang sekali mendengar suara tunangku, yang sentiasa sibuk bekerja. "Hello sayang...tengah buat apa tu?" tanyaku dengan penuh rasa manja.
"Tak buat apa-apalah." Ringkas sahaja jawapannya.
"Ada apa-apa terjadi ke masa meeting client tadi?"
"Tak ada."
Aku bingung. Kenapa dengan tunang aku ni? "Hmm tak dapat clinch a deal ke dengan client you?" Aku bertanya lagi, tidak puas hati.
"I cakap tak ada apa-apa. Faham tak? I penat sekarang ni. Kepala macam nak pecah, you tau tak?" marahnya padaku yang kebingungan. Tergamam aku dibuatnya. "Sudahlah, you pergi tidur. Dah hampir pukul 12 ni." Sambung tunangku, Nor Mateen.
"Ok sayang, you pun tidur tau. Jangan difikirkan sangat masalah you tu, ok?" nasihatku kerana aku begitu sayang padanya dan tidak mahu masalah kecil seperti ini menjejas pekerjaannya, lagi-lagi kesihatan. Maklumlah nanti nak jadi pengantin.
"Bye." Dan Mateen menamatkan panggilanku. Tidakku sedari, mataku berlinangan dengan air mata, penuh kesedihan. Pilu hatiku dibuatnya tapi apakan daya. Aku pun mematikan telefon dan pejamkan mata, sedia untuk dibuai mimpi, dengan air mata.
Seminggu berlalu. Khabarnya Yasmin sudah bersiap untuk hari pernikahannya. Mateen pula menjauhkan dirinya dariku. Entah apa silap aku pun aku tak tau tapi aku masih bersikap positif. Mungkin Mateen terlalu sibuk bekerja dan masa begitu suntuk untuknya menghabiskan waktu lapang bersamaku.
Dua hari sebelum Yasmin menikah, aku menelefon Mateen. Suaranya tetap manis seperti dulu, walaupun agak dingin bunyinya. "Mateen, you kenal Yasmin kan? She's my friend dan hari Sabtu ni, dia menikah."
"Habis tu, you nak I buat apa?" tanya Mateen.
Aku keluh, sedih dengan pertanyaannya. Seperti tidak pernah bercinta, tidak kenal rasa sayang dan bermanja. "I nak ajak youlah, sayang. I tak nak pergi seorang saja."
Tiada perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Aku hanya menantikan jawapan tanpa bertanya lagi.
"Tengoklah macam mana. You tau kan, I ni sibuk. Banyak project nak dihabiskan.Dan..." Tiba-tiba, Mateen rasa amat susah untuk memberitahu sesuatu. "Sabtu ni...it's an important day for me. I ada...ada...project." akhirnya Mateen menjawab. Dia sangat mementingkan kerjanya dari aku. Sungguh kecewa dengan perangai tunangku. Entah sama ada dia mendengar keluhan hatiku ini atau tidak. Kami berdua hanya mendiamkan diri, seakan menunggu satu diantara kami untuk memulakan perbualan.
Akhirnya Mateen bersambung. "Azra...I minta maaf kalau I lukakan hati you. I ada masalah sekarang ni, dan I nak masa untuk berfikir..."
"Berfikir tentang apa Mateen?" Aku tanya, suaraku agak lantang sedikit kerana tidak dapat menahan sabar. Sakit hati jadinya.
"Tak tau lah Az. Tapi kalau you nak I temankan you Sabtu ni, I akan cuba. Tapi I rasa lebih baik you pergi dulu. Mungkin I sampai sana lepas Zohor." Mateen menerangkan kepadaku. "Siti Azra... I will love you my whole life... cuma I harap you jangan menyesal terhadap I."
Bertambah bingung aku dibuatnya. Apakah maksud Mateen? Jangan menyesal...mengapa jangan menyesal? Aku tidak pernah rasa kesal atas perkenalan aku dengannya. Malah aku rasa beruntung kerana akan mendirikan rumahtangga dengannya, seorang eksekutif di syarikat perdagangan. Perbualan itu berakhir dengan kata cintanya padaku.
Hati ini tidak tenteram memikirkan apa yang telah dikatakan oleh Mateen. Aku tidak memahami situasinya kerana Mateen seperti tidak berterus terang padaku. Sudahlah, jangan berfikir lagi. Tak ada apa yang akan terjadi, pujuk hatiku. Aku serahkan segalanya pada ALLAH kerana Dia Maha Berkuasa. Biarlah hatinya sejuk buat sementara ini, mungkin penat bekerja.
Hari perlangsungan Yasmin sudah pun tiba. Aku datang lebih awal dari kawan-kawan yang lain. Kami sekawan semua tidak diberikan kad jemputan pun kerana Yasmin sudah memberitahu bahawa kad jemputan hanya diberikan kepada saudara-maranya sahaja. Aku pelik dengan caranya, yang tidak pernah dilakukan orang.
Suasana di rumah pengantin perempuan sungguh riuh sekali. Maklumlah, anak perempuan pertama yang akan bernikah. Majlisnya tidak begitu mewah, disebabkan `masalah' Yasmin, tetapi suasana begitu riang apabila makcik-makcik yang ada di situ sibuk bergambar dengan pengantin.
Aku berdiri di sebelah Yasmin, yang bakal menjadi seorang isteri dan ibu. Tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena. Yasmin tidak begitu ceria di hari pernikahannya. "Allah Yas, takkan lah nak masam-masam muka. Pengantin mesti senyum lebar, cantik kalau begitu." seloroh mak andam. Aku hanya tersenyum saja. Aku bagai tersepit di tengah, di antara masalah tunangku dengan keadaan Yasmin. Entahlah, aku pun tak tahu apa yang harus aku lakukan.
"Pukul berapa pengantin lelaki sampai, Yas?" aku bertanya. Teragak-agak juga untuk Yasmin menjawab soalanku.
"Lepas zohor, gitulah katanya..." jawab pengantin manis itu, lalu memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Aku menjadi kehairanan.
"Oh gitu, Mateen pun mungkin sampai lepas zohor. Maklumlah orang busy dengan kerja. Mintak-mintak dia sampai on time ya, Yas." kataku pada Yasmin yang tidak kelihatan ceria langsung.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Ramai lagi saudara-mara Yasmin yang sampai dan memberi ucapan selamat padanya. Kawan-kawan waktu sekolah kami pun turut tiba. Aku memanggil mereka masuk ke dalam bilik pengantin dan menemani aku yang keseorangan dari siang tadi. Semua kelihatan canggih dengan kebaya dan baju kurung masing-masing. Aku stay simply saja.
"Mana Mateen, Azra? Tak ikut sama ke?" tanya Linda, kawan kami dan juga seorang pramugari SIA.
"Busylah, nanti dia datang lepas zohor." jawabku. Aku mula sedar bahawa Yasmin begitu tidak selesa setiap kali nama tunangku disebut. Mungkin dia merasa segan kerana telah memotong jalan, belum berteman lelaki atau bertunang tetapi bakal mendirikan rumahtangga dalam setengah jam lagi. Aku tidak kisah dengan semua itu; tidak terlintas pun dihati untuk merasa marah atau iri hati terhadapnya.
Kini masuknya waktu zohor dan aku meminta izin untuk bersolat dahulu, sebelum menyaksikan akad nikah nanti. Tiga dara yang lain mengundur diri dari dalam bilik dan terus keluar menuju ruang tamu, tidak sabar menantikan kehadiran lelaki yang akan menjadi suami Yasmin.
Kiblat telah diarahkan dan aku mulakan solat.
Setelah memberi salam yang terakhir, kedengaran pengantin lelaki sudah tiba. Keadaan di ruang tamu menjadi riuh dengan sambutan dari orang rumah. Aku menoleh ke arah Yasmin, yang sedang memerhatikan aku. Hanya ukiran senyuman yang dapat aku berikan padanya waktu itu dan juga doa, agar selamat bahtera Yasmin dan suaminya dilayarkan.
Aku membuka telekung dan melipatkannya sebelum mencapai telefon bimbit. Aku menekan nombor Mateen tetapi taliannya dimatikan. Sudah sampai agaknya, hatiku berkata. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dan tiga dara meluru masuk. Muka mereka pucat dan berpeluh. Linda mendekati Yasmin dan berbisik. Mereka berbualkan sesuatu yang tidak dapat aku dengar dengan jelas. Sarah dan Wati hanya memelukku dengan lemahnya. Satu-satu menitiskan air mata.
"Aduh, gembira sangat kawan-kawan aku ni. Sepatutnya Yas yang berlinangan air mata. Ini...kau berdua pulak." gelakku. Yasmin hanya memandang sahaja, tanpa berkata apa.
"Azra..."
Baru sahaja Linda ingin bersuara, pintu bilik dibuka sekali lagi. Kali ini tok kadi, cameraman dan pengantin lelaki masuk ke dalam. Mataku melihat pengantin lelaki itu dengan tajamnya. Aku menjadi bingung dan terasa kacau melihatnya.
Mateen.
Ya, Mateenlah pengantin lelaki itu. Mateen, yang juga tunanganku, yang amat aku cintai, kasihi dan sanjungi.
Sarah, Wati dan Linda memegang tanganku dan memelukku, meminta aku mengucap sabar.
Ya Allah, apa yang telah terjadi? Mengapakah ini semua harus terjadi pada diriku? Mateen memandangku buat kali terakhir sebelum menyarungkan cincin di tangan isterinya. Bibirnya mengucapkan maaf tetapi tidak kedengaran, hanya pergerakkan mulut sahaja yang dimampunya.
Air mataku berlinangan. Kali ini, aku yang dibebankan dengan masalah dan dugaan dari Tuhan sebegini rupa. Tak dapat rasanya, untukku memaafkan Yasmin, orang yang paling rapat denganku dan juga Mateen...my supposed future husband.
Posted by noorfaizahza
at 8:22 PM WST